Jumaat, 6 Jun 2014

Kanak - kanak tak bersalah.....


 Runtun hati bile tgk gambar kat surat khabar perihal budak lelaki hanya berusia 6 tahun meninggal dunia akibat didera...remuk hati bile lihat foto gambar tersebut berbirat2 badannya...Ya Allah...bagaimana dia menahan sakit tu Ya Allah..umurnye hanya 6 tahun...selang berapa hari lak gempar berita pasal budak perempuan usia 2 atau 3 tahun disembelih... aduh...aduh... Dimana letaknya jiwa nurani yang murni kemanusianya itu ....?

 Isu penderaan kanak-kanak bukanlah sesuatu perkara  yang baru...Sudah berkurun dulu pon aku yakini sudah terjadi isu ini... Sentiasa di benak hati ku terkata "kalau da tau x reti jaga anak,budak ini menyusahkan atau x nak anak, JANGAN BERANAK LA SETAN..... Apalah setimpalnya hukuman yang mereka lakukan terhadap kesalahan yang dilakukan kanak-kanak tak bersalah itu... Sayu hati melihat sekujur badan yang x berdosa terkulai layu akibat perbuatan manusia berjiwa bertaraf syaitan...Kalau yang masih hidup pasti mengalami trauma yang berpanjangan...kasihan...

 Ummm... serius aku x sanggup melihat dan mendengar isu ini berbangkit ... betul2 buat aku terpana seketika dan terfikir bagaimana keadaan kanak-kanak tak bersalah itu ketika didera ...walaubagaimanapun aku tau isu penderaan ini pasti berterusan..X hairanlah juga mungkin ketika aku sedang menaip ini pon entah2 di ketika ini ada kanak-kanak yang sedang didera...huh...

Mengapa terjadi?Apa penyebabnya? 
Siapa yang lebih bersalah ? Siapa yang lebih bertanggungjawab?

Perlukah soalan-soalan itu dijawab,dirungkaikan dan diberi penekanan?

Allah mencipta otak dan disaluti akal fikiran yang power untuk kita berfikir...

Pendera (mungkin Ibu,bapa,Ibu Tiri,Bapa Tiri,Kekasih Ibu,Kekasih Bapa atau Penjaga) -
"budak ni xdgr cakap org tua,degil...aku da la penat bekerja cari duit balik2 buat hal memang mendapat la..." atau cenggini "Mak dorang da lari tinggalkan depa aku terkontang kanting jaga depa, depa buat perangai mmg masak la aku kerjakan..." mungkin itu kata-kata tu yang dibicarakan oleh  jiwa binatang tu atau mungkin ayatnya lebih dahsyat...

Masyarakat Sekeliling (Jiran,Rakan,Ahli Keluarga atau sesiapa la...) -
"Makcik kesian ngan budak tu tapi xtau nak tolong macam ne...dorang tu da siap sound makcik jgn sibuk jaga hak kuarga orang"..."Saya da nasihatkan dia jgn buat anak kau macam tu...dia x bersalah..." ,"Kenapa nak salahkan saya sebab tak hubungi polis sebab dia dera anak dia,dia sebagai ibubapa kene bertanggungjawab jaga anak die,saya x dera pon anak saya,salah setan tu la..."

Huh...

Sebab terjadinya penderaan ini ?... hentikan la manipulate faktor2 terjadinya penderaan adalah kerana masalah rumahtangga,duit,masalah kerjaya atau ape2 lagi...tolonglah please... Kalau hidup kita berlandaskan tuhan,ikut seruan agama...apa2 masalah xkan terjadi termasuklah isu kanak-kanak tak bersalah ini...

Uhmmm... sukar dibicarakan perkara2 sebegini...cuma kena paham satu konsep dengan cuba fahami betul2 dan lakukannya dengan berterusan iaitu ...Jangan dera kanak-kanak sebab kanak-kanak tak bersalah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan