Jumaat, 6 Jun 2014

Kanak - kanak tak bersalah.....


 Runtun hati bile tgk gambar kat surat khabar perihal budak lelaki hanya berusia 6 tahun meninggal dunia akibat didera...remuk hati bile lihat foto gambar tersebut berbirat2 badannya...Ya Allah...bagaimana dia menahan sakit tu Ya Allah..umurnye hanya 6 tahun...selang berapa hari lak gempar berita pasal budak perempuan usia 2 atau 3 tahun disembelih... aduh...aduh... Dimana letaknya jiwa nurani yang murni kemanusianya itu ....?

 Isu penderaan kanak-kanak bukanlah sesuatu perkara  yang baru...Sudah berkurun dulu pon aku yakini sudah terjadi isu ini... Sentiasa di benak hati ku terkata "kalau da tau x reti jaga anak,budak ini menyusahkan atau x nak anak, JANGAN BERANAK LA SETAN..... Apalah setimpalnya hukuman yang mereka lakukan terhadap kesalahan yang dilakukan kanak-kanak tak bersalah itu... Sayu hati melihat sekujur badan yang x berdosa terkulai layu akibat perbuatan manusia berjiwa bertaraf syaitan...Kalau yang masih hidup pasti mengalami trauma yang berpanjangan...kasihan...

 Ummm... serius aku x sanggup melihat dan mendengar isu ini berbangkit ... betul2 buat aku terpana seketika dan terfikir bagaimana keadaan kanak-kanak tak bersalah itu ketika didera ...walaubagaimanapun aku tau isu penderaan ini pasti berterusan..X hairanlah juga mungkin ketika aku sedang menaip ini pon entah2 di ketika ini ada kanak-kanak yang sedang didera...huh...

Mengapa terjadi?Apa penyebabnya? 
Siapa yang lebih bersalah ? Siapa yang lebih bertanggungjawab?

Perlukah soalan-soalan itu dijawab,dirungkaikan dan diberi penekanan?

Allah mencipta otak dan disaluti akal fikiran yang power untuk kita berfikir...

Pendera (mungkin Ibu,bapa,Ibu Tiri,Bapa Tiri,Kekasih Ibu,Kekasih Bapa atau Penjaga) -
"budak ni xdgr cakap org tua,degil...aku da la penat bekerja cari duit balik2 buat hal memang mendapat la..." atau cenggini "Mak dorang da lari tinggalkan depa aku terkontang kanting jaga depa, depa buat perangai mmg masak la aku kerjakan..." mungkin itu kata-kata tu yang dibicarakan oleh  jiwa binatang tu atau mungkin ayatnya lebih dahsyat...

Masyarakat Sekeliling (Jiran,Rakan,Ahli Keluarga atau sesiapa la...) -
"Makcik kesian ngan budak tu tapi xtau nak tolong macam ne...dorang tu da siap sound makcik jgn sibuk jaga hak kuarga orang"..."Saya da nasihatkan dia jgn buat anak kau macam tu...dia x bersalah..." ,"Kenapa nak salahkan saya sebab tak hubungi polis sebab dia dera anak dia,dia sebagai ibubapa kene bertanggungjawab jaga anak die,saya x dera pon anak saya,salah setan tu la..."

Huh...

Sebab terjadinya penderaan ini ?... hentikan la manipulate faktor2 terjadinya penderaan adalah kerana masalah rumahtangga,duit,masalah kerjaya atau ape2 lagi...tolonglah please... Kalau hidup kita berlandaskan tuhan,ikut seruan agama...apa2 masalah xkan terjadi termasuklah isu kanak-kanak tak bersalah ini...

Uhmmm... sukar dibicarakan perkara2 sebegini...cuma kena paham satu konsep dengan cuba fahami betul2 dan lakukannya dengan berterusan iaitu ...Jangan dera kanak-kanak sebab kanak-kanak tak bersalah...



Khamis, 5 Jun 2014

Aku,Fauziah Latiff dan Ziana Zain



Aku tidak sudi melihat dia lagi...Walau dalam mimpi pun tidak kuingini... 
Bukan sekali kau suarakan kebimbangan....Pada cintaku kau tak mampu bersendirian tanpaku....

Pada aku industri muzik Malaysia pada hujung tahun 80an dan awal tahun 90an sangat relevan.Relevan mungkin pada ketika aku menginjak zaman remaja.Tumpuan aku pada ketika itu lebih kepada penyanyi-penyanyi wanita.Mungkin lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi wanita ketika tu agak stereotaip tapi gaya yang ditampilkan setiap seorang dapat dibezakan..Dari kegermersikan suara sehingga la kelantangan vokal penyanyi-penyanyi wanita ketika tu sangat aku seronok melihat,memerhati dan ternganga gak hehehehe...Dalam ramai-ramai,Fauziah Latiff dan Ziana Zain lebih bermaharajalela di hati ku... Xtau kenapa...mula-mula tengok terus suka,suka dan suka..... Dalam mase yang sama gak aku suke dengan Aishah..Ella,Shima,Ramlah Ram,Francessca Peters...

Fauziah Latiff (dulu ejaan cenggini Gee,pas kawen ngan ex-husband Johan Endut suh tukar kpd Jee sbb nak samakan ejaan pangkal nama J ex die tu kot) first time kuar ngan lagu Digamit Memori...aku dgr lagu ni kat radio..xpasti radio Muzik atau RMKL,sebab mase tu dua2 saluran nie je la yang selalu aku dengar...time ni x silap tahun 1988 aku dalam darjah 4...Jee ni lau dalam kaset suara die halus,merdu dan gemersik gila...tapi lau nyanyi live hancuss...dulu2 boleh tahan la gak die nyanyi live...lama2 semput campur garau parau jadinya...hahaha.....tapi pe pon aku minat gile kat die....mase mula Jee naik dulu budak2 pompoan sekolah aku ramai x suke kat die...aku pun x paham...sebab dorang x sweet kot hahahahaha atau waktu tu dorang ade favourite artis len kot dan kedatangan Jee kira mengganggu gugat populariti artis yang dorang minat kot....jeles je memanjang.... Jee ni dulu lau nyanyi lagu rancak memang melentik2 die menari....mcm penari ballet pon ade...mase persembahan di pertandingan Pesta Pujaan Kingsway aku suke tgk die nyanyi ngan gaun kembang die..wow...memori sangat la...Dan bole dikira bila Jee menang pertandingan tu,nama Jee naik mendadak la.....mase Jee naik dulu banyak pesaing artis wanita time tu,Ella tengah popular bagai nak rak,Wann naik mendadak,Aishah (aku suke vokal dan lagu2 die) tetiba meledak dengan Janji Manismu,Ramlah Ram pun tengah top time tu kira queen la time tu...mana x nye lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu tu popular usah nak dicite...Aku rasala kalo Jee x kawen ngan Budris tu mungkin zaman kegemilangan die lama skit kot(aku rasa la)...Lagu-lagu Digamit Memori,Kau Merubah Segalanya,Bukan Kemahuan Fikiran,Gubahan Rindu Puisi Syahdu,Tiada Nokhtah Cinta begitu dekat dengan aku.Ada satu lagu Jee tajuk die Aku Bukan Boneka favourite aku time tu... dulu Jee antara artis top yang cantik la yang ade time tu...dengan muka mulus suci rambut panjang gerbang...sweet gile...Mase Jee menang Juara Lagu 93 dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu aku sonok gile meloncat2 riang hahaha...time tu Jee saing sengit ngan Shima ngan lagu Teringin...lagu Teringin dulu mmg top gila babonnn la dan Shima nyanyi pon power gak...Lepas menang Juara Lagu tu,populariti Jee da mcm slow skit..mungkin frust cerai kot...Lagu Enggan kuar lepas tu mmg popular la...tapi time tu fenomena Amy Mastura lepas menang Asia Bagus pon hebat gak...Ziana Zain pon time tu meletup berdetum2 naik mendadak dengan lagu Kekal dan lepas berlakon filem Sembilu....tambah ngan Nora ngan Ning Baizura lagi...Lama-lama Jee hilang entah ke mana ke atau aku yang x mengambil tau pasal Jee lagi...kikiki....lagu-lagu, suara,wajah Jee betul2 menggamit memori zaman remaja ku...

Ziana Zain keluar ngan lagu Madah Berhelah lau x silap tahun 1991...masih segar diingatan aku mase lagu Madah Berhelah masuk pencalonan baru Muzik-Muzik..dengan rambut potongan "bob",ade tindik kat hidung,ngan mulut bergetar2 dan yang pastinya kening terangkat trademark makanan Ziana time tu...Waktu tu Ziana mmg popular sbb lagu Madah Berhelah meletup gile tp gelaran penyanyi No. 1 bukan la untuk Ziana time tu...sebab mase tu Aishah mmg top gile,Sheila Majid pon popular,Ella,Jee,Ramlah Ram tengah glamour,dan waktu tu Haleeda (ala janda Azman Adnan tu) pon kuarkan single pertamanya iaitu Setia Kasih,lagu ni popular gak tapi Madah Berhelah lagi popular la... Ade satu story pasal Ziana ni kesian die... Ziana seperti yang kita tau  lagu-lagu die bernada tinggi ala2 Whitney Houston (my favourite) yang time tu pon top kat seluruh dunia...Mase mula2 Ziana nyanyi da diketahui yang dia memang mampu nyanyi secara live tetapi disebabkan satu insiden Ziana x sampai key nyanyi lagu Madah Berhelah  terus kecoh yang die x mampu nyanyi secara live...halo...Mariah,Celine,Whitney pon penah terkucil kot mase live...manusia x sentiasa perfect kan...alahai...sian Ziana...tp mase Juara Lagu 92 mmg all out la Ziana bagi mase tu...ngan merah menyala gaun couture nye..ngan penari julang Ziana mase persembahan time tu...merasa dorang pegang punggung Ziana yang lentik tu (opssss...)...Sebenarnya pada aku dalam album Madah Berhelah banyak lagu2 yang bes..yang diehard fan Ziana mesti makan ngan lagu2 dalam album tu... dan Ziana terus meledak dengan lagu Anggapanmu,Putus Terpaksa,Kekal, ..ahhh banyak lagi la....dalam tahun 94' rasanya kecoh  jugak la gosip liar Ziana kene tangkap khalwat sume...mmg panas time tu...sian Ziana...sume tu palsu gile...dalam mase yang sama Ziana berlakon filem Sembilu I dan II...filem ni mmg fenomena gile la walaupun sinopsis cite ni haremmmmmm jadah...aku betul2 layan sbb Ziana Zain je ...lau org lain yang berlakon sorry to say la...masa filem tu ditayangkan aku tgk kat Panggung Wayang State PJ ngan kawan2 sekelas mase Tingkatan 4 ke 5..x ingat aku...tp apa yang aku leh cakap filem Sembilu time tu memamg fenomena la pada mereka yang layan industri muzik Malaysia time tu... Tahun 95 ngan 96 bagi aku adalah tahun puncak kegemilangan Ziana Zain ...mmg waktu tu mmg time Ziana la...waktu tu mmg x leh beat die la waktu tu ...dari menang kat Voice of Asia...lagu Bersama Akhirnya, Kemelut Di Muara Kasih top gile...pastu album Setiaku Di Sini meledak time tu...waktu tu mmg ketara zaman die...menang Anugerah Bintang Popular sampai 3 ke 4  anugerah die sapu malam tu...menang Vokal Wanita Terbaik kat AIM dan tahun 96 tu gak buat konsert unplugged kat Life Centre...aku suke betul gaya persembahan dan vokal Ziana time konsert tu...mmg terbaik...x dapat tgk live sbb xde duit...yang mampu beli kaset album unplugged tu je le.... sampai la penghujung tahun 96 bila Siti Nurhaliza tewaskan Ziana dalam Juara lagu 96...dan bermula era Siti Nurhaliza sebagai Penyanyi No. 1 selepas Ziana  sebaik menang anugerah tersebut... tapi kalau diingat balik tahun-tahun seterusnya Ziana masih mampu bersaing dengan muka-muka baru berbanding Jee semakin hilang taringnya...

Disebabkan minat gile ngan dorang banyak poster Jee,Ziana aku tampal waktu kat dinding bilik tido aku,sampai kene habuan la ngan bapak aku waktu tu...xelok tampal2 gambar cenggini kat dinding...xberkat katanya...Yang pasti gambar2 Jee dan Ziana aku jadikan balutan buku teks dan buat buku skrap pasal gambar dorang terutamanya Ziana...Lagi satu aku sll tunggu rancangan kat TV1 Hiburan Minggu Ini lau ade je Jee atau Ziana,semua benda lain aku tolak tepi...dok la tgk sampai abis....uhmmm...Dan semakin hari semakin berlalu,zaman sekolah ku berakhir dan zaman remaja ku semakin meningkat...dengan kesibukan belajar,kuliah dan aktiviti lain dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan...ketika itu aku lebih gemar mendengar lagu2 dari omputih...xtau la ngape...pengaruh kawan kot atau citarasa da berubah kan..terkadang cuma terdengar la gak berita pasal retis Mesia ni...bagi aku zaman retis 80an ngan awal 90an lebih begitu seronok diikuti berbanding zaman2 sekarang.... dan kini tatkala terdengar lagu2 Jee dan Ziana di corong radio tersenyum aku sendiri...satu2 lagu tu satu ketika dahulu menjadi peneman ketika aku study dulu..peneman ketika aku nak tido...jadi peneman ketika aku bersedih...jadi peneman ketika aku kesunyian...begitu terkesan dihati...seronok perasaan itu...sangat memori....

Kisah Teman "Matching" Dan Teman Senasib


Teman....Sungguh indah perkataan itu.Namun,sukar untuk di dimiliki.Mungkin ada yang miliki,mungkin tidak,mungkin juga merasa konon-kononnya memilikinya... Ummhhhh.. Yang pasti,pada memilikinya pasti berbahagia...


Teman  "Matching"

Terdapat cerita dimana kita sentiasa mengharap akan berkenalan dengan seorang yang "matching" dengan kita.Yang membolehkan kita menjadi diri kita yang sebenar.Diri sebenar yang tidak diketahui oleh teman-teman yang sedia ada.Diri sebenar yang akan membuatkan teman-teman sedia ada akan "pulau" kan kita.Ahhhhh... bosan menjadi diri yang bukan diri kita sendiri..uhhhh... Katanya.....
Dan akhirnya juga dikurniakan seorang teman "matching" dengan kita.Melayari hari-hari keriangan bersama.Bergembira,berseronok dan beriang-ria melayari hari-hari yang bahagia bersama teman "matching"itu....Seronok katanya...bertemu dengan teman yang boleh menjadikan diri kita menjadi "diri sebenar" itu...Sehingga teman-teman yang sedia pelahan-lahan mengayuh pergi.Memaling muka,jelak dengan diri kita yang sebenar...ahh... persetankan semua itu..yang pasti kini kita telah ketemu dengan teman "matching" itu...gelak tawa,bertegang urat,berkelahi dan berseronok bersilih ganti...hari berganti hari,bulan menukar bulan,tahun menambah tahun,hubungan teman matching itu seakan bergoyah..Seakan dilihat teman "matching" mula berubah cara,diselidik dalam-dalam akhirnya ketemu jawapan....teman "matching" sudah mempunyai teman yang baru.Dapat dirasakan teman "matching" itu lebih seronok menghabiskan masa dengan teman baru itu.Diperkenalkan dengan teman barunya itu...dapat dilihat teman "matching" itu... ah.... berbeza...sungguh berbeza... terasa di hati... kecewa... Perlahan-lahan membawa diri dan dilihat teman "matching" itu pun begitu...Dan kini tika berselisih hanya anggukkan kepala mengganti salam perkhabaran dengan senyuman "fake" sudah semestinya.... dan teman lama(teman-teman sedia ada) pula... hmmmmm...


Teman Senasib

Sudah sekian lama berkenalan dengan teman senasib ini.Secara tidak sengaja hubungan perkenalan itu bertukar menjadi sangat akrab.Persamaan yang ketara antara diri ini dengan teman senasib adalah kerana nasib hidup seakan sama.Dengan itu penyebab menjadi hubungan sangat ketat.Bertukar cerita,seronok sangat,maklum le nasib seakan sama..teman senasib... Tawa,tangis,merintih bersama-sama.. Lama-lama dapat dilihat seakan menjauh diri.. Mungkin dia rasa berkawan dengan kita nasibnya bertambah malang... huh... alahai... Bila di fikir dalam-dalam...teman senasib seakan menganggap diri ini tidak penting baginya...Di ajak keluar bersama banyak alasan diberikan kini,untung nasib dapatlah keluar bersama sekali serta sekala.Berbulan-bulan hilangkan diri,kalau tiada diri ini memulakan tanya perkhabaran terus diam lah teman senasib dalam pandangan mata ini... Uh.... Apalah nasib....

Sesungguhnya bahagia hidup ini apabila kita dikurnikan seorang (tiada dua atau banyak pun x pe) teman yang setia,jujur,bertimbang rasa,ingat-ingati dan sifat mahmudah serta yang baik-baik la...Dalam masa yang sama perbaikilah diri kita juga agar teman seperti teman "matching" mahupun "teman senasib" sentiasa setia,seronok dan berbahagia mempunyai teman seperti kita.Ummm... moga dipertemukan hidup kita dengan teman-teman yang bahagia.... Amin Ya Allah...





Permulaan

Assalamualaikum....

Tiba-tiba terlintas dihati ingin membuat blog ini.Tujuannya sekadar hanya ingin menambahkan masa terluang.Mungkin juga untuk tempat luahan perasaan,pendapat dan apa-apa sahaja yang terbit di sanubari.